Friday, February 11, 2011

Menilai semula Matlamat Anda Untuk Kurus

Tahun baru 2011 masih di permulaan. Matlamat yang telah ditetapkan awal tahun masih panas atau sudah ada yang jadi suam-suam kuku? Saya harap semuanya masih bersemangat menyala.

Saya yakin ramai juga yang menjadikan matlamat untuk kurus ataupun kurangkan berat badan sebagai azam tahun baru 2011. Bagaimana cara anda menetapkan matlamat ini?Adakah seperti iklan-iklan kurus yang sangat konvensional ataupun sudah lapuk seperti ini???

"Hilangkan 10 kg dalam 10 Hari?
"Turun 21kg dalam 28 Hari"

Walaupun lapuk tapi masih ramai yang percaya...kenapa ye?
Kerana masih ramai yang dipercaya berat adalah kayu ukur untuk lemak dalam badan...
Padahal berat yang hilang itu adalah lemak + air yang banyak + body muscle (yang mungkin badan anda perlukan)...


Soalan pertama, adakah anda ingin menurunkan berat badan tapi payudara dan punggung mengelebeh atau
adakah anda inginkan bentuk badan yang menarik macam artis Hollywood?

Soalan Kedua...bersambung..